Panduan Pengurusan Jenazah / Orang Meninggal

Berawal dari mendengarkan Khutbah Jum’at yang menurut saya cukup menarik dan perlu sekali untuk kita ketahui yaitu Pengurusan Jenazah / Orang Meninggal. Hal ini sangat berguna sekali untuk kita yang masih muda, karena kalau kita lihat kebanyakan saat ini orang yang masih muda banyak yang tidak tau tata cara pengurusan Jenazah ini. Kebanyakan dari kita dalam pengurusan jenazah ini kita serahkan ke orang yang lebih tua dan lebih banyak orang yang lebih tua tersebut bukan dari keluarga kita. Berawal dari sinilah saya coba mencari informasi yang lebih selain informasi dari Khutbah Jumat tadi dan saya mendapatkannya di sini.

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ini merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Mengurus jenazah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakan begitu saja. Ini merupakan fardhu kifayah untuk umat Islam. Dengan adanya sebagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesadaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Banyak dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada generasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Bagaimana perasaan kita membiarkan orang lain mengurusnya sedangkan kita hanya melihat?.

Dengan adanya panduan-panduan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu mengurusnya. Marilah kita memahami fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.

Insya Alloh

Menjenguk Orang Sakit dan Himahnya

Sakit datangnya dari Allah. Penyakit yang kita derita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya yaitu :

  1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.
  2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi cobaan Allah.
  3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang telah kita lakukan secara sadar ataupun tidak.

Oleh karena itu, kita hendaklah sabar dan ridho dengan apa yang telah diberikan Allah kepada kita dan berusahalah mencari obatnya, sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda ‘Tiap-tiap penyakit ada obatnya kecuali mati’.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

‘Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudiann daripadanya Sunah, tidak lebih dari 3 hari’.

Ketika berada dekat dengan orang sakit, bacalah doa ini berulang kali,

Umat Islam amat menghargai kita melawat orang sakit terutama jika saudara kita yang sakit, ataupun teman kita, walaupun teman kita bukan dari golongan orang Islam.

Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam keadaan nazak?

  1. Perlu berada di sisinya.
  2. Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah Syahadat yiaitu : “Ashaduala ilaa hailallah” di telinganya dan hendaklah dimadkan bacaan kalimat tersebut. Rekan-rekan yang lain membaca Al-Quran atau Yasin.
  3. Yang sakit hendaklah ditelentangkan menghadap ke Qiblat dan pegang tangannya.

Apabila Telah Meninggal Dunia :

Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, yang harus dilakukan :

  1. Hendaklah kita ucapkan : ” Innalillahi Wainnailaihi Rojiuun”
  2. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kotoran yang keluar dari duburnya.
  3. Tutup kedua matanya.
  4. Buat tangannya seperti dalam sholat.
  5. Rapatkan mulutnya.
  6. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
  7. Luruskan kakinya.
  8. Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
  9. Letakkan di tempat yang tinggi.
  10. Hadapkan ke Qiblat.

Mengurus Jenazah :

Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajiban tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.

Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah yaitu :

  1. Memandikannya.
  2. Mengkafankan jenazah.
  3. Mensholatkan Jenazah.
  4. Mengubur Jenazah.

Orang Yang Berhak Mengurus Jenazah :

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah adalah dari kalangan keluarganya atau ahli warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau yang meninggal bapanya.

Kalau ahli warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk mengurusnya.

Hal-hal yang perlu di urus oleh ahli warisnya :

  1. Ahli waris yang tertua hendaklah memberitahukan tentang kematian.
  2. Mengurus kematian sesuai peraturan yang ada di daerahnya
    Note : Sekiranya jenazah itu meninggal di Rumah Sakit cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari dokter.
  3. Membeli keperluan untuk urusan memandikan dan mengkafankan mayat.
  4. Menentukan orang untuk memandikan mayat.
  5. Mengurus penggalian kubur.
  6. Menentukan Imam untuk mensholatkan Jenazah.
  7. Mengurus kendaraan untuk jenazah.
  8. Ucapan takziah.

Sifat – sifat yang harus ada pada seseorang yang akan mengurus Jenazah :

  1. Sifat berani.
  2. Sabar.
  3. Amanah.
  4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

Menyediakan Keperluan untuk memandikan Jenazah :

  1. Sediakan tempat mandi.
  2. Sabun mandi.
  3. Air Daun bidara (Kalau tidak ada bisa dengan sabun mandi).
  4. Air bersih.
  5. Sugi – 7 batang.
  6. Sarung tangan – 3 atau 5.
  7. Sedikit kapas.
  8. Air kapur barus.
  9. Gayung.

Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti :

  1. Kain putih (ukuran 45″)  – 20 meter bagi dewasa
  2. Gunting
  3. Kapas
  4. Cendana
  5. Kapur barus
  6. Air mawar
  7. Minyak wangi (Minyak Attar)
  8. Tikar jerami
  9. Bantal (dari daun pandan)
  10. Tempat mandi yang khas.

Cara Memandikan Jenazah :

  1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.
  2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.
  3. Semua yang memandikan hendaklah memakai sarung tangan sebelah kiri.
  4. Sediakan air sabun.
  5. Sediakan air kapur barus.
  6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
  7. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
  8. Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas agar tidak tersentuh auratnya.
  9. Siram dan basuh dengan air sabun saja dahulu.
  10. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.
  11. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota Jenazah dengan air sabun juga.
  12. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :
  13. Lafaz niat memandikan Jenazah Laki-laki :
  14. “Niat saya memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala”

  15. Lafaz niat memandikan Jenazah Perempuan :

    “Niat Saya memandikan jenazah (perempuan) kerena Allah Taala”

  16. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
  17. Siram sebelah kanan 3 kali.
  18. Siram sebelah kiri 3 kali.
  19. Kemudian miringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
  20. Miringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
  21. Telentangkan kembali mayat, ulangi menyiram seperti no. 13 hingga 17.
  22. Lepas itu siram dengan air kapur barus.
  23. Lepas itu wudukkan mayat.
  24. Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki : 

    “Niat saya mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t”

  25. Lafaz niat mewudukan jenazah perempuan :

    “Niat saya mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t”

  26. Cara mewudukkan jenazah ini yaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula dari muka dan berakhir pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wudhu biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.
  27. Siram dengan air sembilan.
  28. Setelah selesai dimandikan dan diwudhukan dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
  29. Bersihkan kemaluan mayat dengan pembersih yang disediakan.
  30. Setelah itu usung dengan menutup seluruh anggota badannya.
  31. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kafan berama (Contoh : rambut, kuku dll).
  32. Dengan ini selesailah memandikan mayat dengan sempurna.

Cara Mengkafankan Jenazah :

  1. Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol. 
  2. Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut.
  3. Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain :
    • Kemaluan
    • Wajah
    • Kedua Buah Dada
    • Kedua Telinga
    • Kedua Siku Tangan
    • Kedua Tumit
  4. Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan.
  5. Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas. 
  6. Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum  diikat di bagian kepala, biarkan keluarga melihat atau menciumnya. Tulislah kalimah “ALLAH dan MUHAMMAD” di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi.Setelah siap diikat usapkan dengan air mawar dan sapulah minyak wangi 

Mensholatkan Jenazah :

Dalam mengerjakan sholat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang.

Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang lelaki.

Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti mengurusnya.

  1. Cara Mengerjakan Sholat Jenazah : Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.
    Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.
    Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di mushola atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih.
  2. Rukun Sholat Jenazah : Sholat jenazah berbeda dengan sholat-sholat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat sbb :
    1. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
    2. Berdiri bagi yang berkuasa
    3. Bertakbir empat kali
    4. Salam
  3. Lafaz niat solat jenazah :
    1. Lafaz niat sholat jenazah lelaki secara sendirian “Niat saya mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”
    2. Lafaz niat sholat Jenazah Perempuan secara sendirian

      “Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empattakbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”

    3. Lafaz Niat sholat jenazah Lelaki untuk imam

      “Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi Imam kerana Allah Taala”

    4. Lafaz niat sholat jenazah perempuan bagi imam

      “Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi Imam kerana Allah Taala”

2 Responses

  1. artikel bagus dod. nice info. thanks sharing nya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: